Tuesday, March 27, 2012

Santai Bowling Nisa' Flamingo Ampang

Assalamualaikum korang..
Sehat ker? Aku dah lama tak update entri ni. Rasanya ada 3 minggu kot. Aku baru dapat online hari ini. hehehe.. Aku ada cerita terbaru nih.. Aku join bowling hari tu. Memang gempak habis laa. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cewahhh.. macam aku pulak yang jadi penganjur program. Okla, aku tak potpet panjang lebih nanti korang bosan aku merepek ntah pape kan? :p

Sebelum aku cerita pengakhiran mestilaa ade permulaan kan. Sangat lawak aku rasa. Mungkin korang pun akan sengal. hihihi. Sehari sebelum event, aku confirm dengan member member FB ngan Twitter. Plan A sampai Z. Tapi Plan agak tidak menepati masa. Biasalah kita hanya menentukan masa tetapi Allah yang merancang lebih baik. Pendeknya, keesokkan, aku confirmkan keluar pukul 7.30pagi tadik aku keluar pukul 8.00pagi. Gerak naik tren hampir pukul 9 sampai lebih kurang nak pukul 10. Aku dari Labu Negeri Sembilan. Agak kelewatan walaupun member FB aku si Insyirah dari Seremban lebih awal sampai dari aku Eleh, dia excited! :p Hiihi.. Sampai jer aku start bebel ngan dorang. Biasalah mulut aku ni takleh nak stop. hahaha..

Dipendekkan cerita, kitaorang pun sampai. Kitaorang main dan menggelarkan team kitaorang "Gangstarz". Suka hati aku bagi nama team. Kekonon laaa.. Nama team Twitter aku lagi sorang "Nurul Iman". Bak kata cikgu Ja, "haaa.beriman sungguh" kikikiki.. Si Inyirah ni bising pulak nak cikgu. Haishh.. Cikgu aku! Aku strike sekali jer. Yang lain longkang. hehehe.. Akhirnya cikgu pun muncul,. Dahla game last dengar cikgu nak datang hilang feel aku nak main. hahaha.. Tinggal 1 pin tak jatuh. muahahakk... Lepas program sesi bergambar, aku ikut jer cikgu pegi. Kepit jer tak reti duk diam. heheehe.. Pape pun cikgu aku sangat best! :) Kecoh kitaorang ikut cikgu ke parking. Dalam lif cikgu siap bagi free toturial pakai shawl. Lawak jer aku ngan kak zeq mencelah. :p

Lapt kat parking, aku nak nangis pulak. Kekonon nak tacing bagai. Sedangkan bukan cikgu nak terus stay kat obersi. Tapi aku tak tahu kenapa hati aku tersentuh. Aku hanya rasa, aku sayang sangat kat cikgu. Aku dapat rasa kasih dan sayang cikgu aku selama setahun aku kenal cikgu. Aku nak cakap something kat cikgu tapi aku tak dapat nak keluarkan. Pada 17 Mac hari tudash SETAHUN aku kenal cikgu. Pada 17 Ma 2011 kali pertama aku jumpa cikgu. Aku taknak bercerita lebih apa yang berlaku kat parking cukuplah kitaorang ber"6" yang tahu termasuk cikgu. Tersentuhnya hati aku kerana cikgu selalu membahagiakan aku. Aku sangat menghargai itu. Terima kasih cikgu!

Sebelum aku nak tutup cerita. DULU - Pada 17 Mac 2011 : Aku jumpa cikgu tanpa rancang di Kolej aku. Masuk dalam 1 lif.. Aku diam tak tegur pun cikgu. Lepas jumpa cikgu aku ke TBS, Bandar Tasik Selatan.
SEKARANG - Pada 17 Mac 2012 : Aku jumpa cikgu dirancang di Ampang. Masuk lif bersama dengan kecoh sikit dengan mulut cikgu. Aku pun bukak mulut. hehehe.. Lepas jumpa cikgu, aku ke TBS, Bandar Tasik Selatan.

Ada persamaan cuma berbeza tempat pertemuan. Dari diam jadi bercakap. Baliknya maksudnya lepas jumpa aku ke tempat yang sama untuk kali ke2 lepas aku cakap kat Insyirah TBS kali ke2 aku datang. Rupanya tahun lepas aku datang lepas jumpa cikgu.
SubhanAllah.. Indah aturan Allah pada aku. Aku sangat bersyukur. Aku still lepas sampai ke malam dengan Insyirah tapi kitaorang pegi Seremban Parade. Terima kasih buat kak Aina, adik Maslina dan jugak kakak Insyirah yang sudi join, Kak Afiqah. Inilah pertemuan dan aturan Allah yang indah. Aku bertemu kali pertama dengan member FB/Twitter dan SETAHUN dengan cikgu pada tarikh 17 Mac 2012.

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah :')
Terima kasih cikgu kerana membahagiakan sahabat sahabat saya. Bangga dengan cikgu.
Terima kasih sekali lagi cikgu!

Sekian. Bereeh! :)

Gembar buat tonton yer.. hehehe :p

Cayang cikgu :')

Dah layak jadi MAMA :D

Team Gangstarz / Nurul Iman

Kak Zeq dan Cikgu :p

Sibuknya...

Aku, Mama dan Adik :p


Papai... Salam :)

No comments: