Wednesday, April 25, 2012

Seketika Di KLIA

Assalamualaikum.. Hai korang. Apa kabo? Lama tak dengaq kabo? Makan cukup tak? hehehe..
3 hari lepas aku ada hantar cikgu ke KLIA. Cikgu akan ke Australia untuk shoot RASA HALAL ANTARABANGSA Jun ini di Astro Oasis 106. Macam macam gelagat dan aksi di KLIA. Dengan gelak ketawa sebab lawak jenaka mama cikgu. Kelakar tak ingat. Kali ni aku tak nak cerita lebih lebih pasal pertemuan tu. Lepas setahun aku kenal cikgu, aku tak boleh nak cerita sangat. Aku nak korang kenal cikgu sendiri. Buat masa ni tak semua perkara aku boleh nak share. Harap korang memahami. Maaf sangat. :)
Okey, aku ada bergambar kenangan kat Perlepasan Antarabangsa dengan cikgu. Kali ni aku tak tacing laa tak macam tacing cikgu nak ke London. hehehehe.. Aku happy giler malam tu.

ALHAMDULILLAH.. HADIAH PERTEMUAN TERINDAH dari ALLAH buat aku sempena hari lahir ke 21 tahun. Allah mengizinkan pertemuan ini. Moga ukhuwah ini terus dirahmati Allah.. Insya'Allah :)

Pelepasan Antarabangsa

Senyuman Cikgu :)

Dan aku ada video ini : 
SHOPPING SEMINIT BERSAMA HELIZA HELMI



Sudah 3 hari cikgu kat sana. 11 hari lagi akan balik Malaysia. Balik Malaysia sekejap lepas tu akan ke Korea pulak. huhu........ Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak buat abang Mahkota Taqwa sebab sudi bawa aku ke KLIA. :) 
Sekian. Bereeh!

Friday, April 13, 2012

Gambar Shooting Heliza di London, Paris dan Turki

RASA HALAL ANTARABANGSA akan menemui anda di Astro Oasis 106 Jun ini.
Ini adalah sebahagian gambar sewaktu pengambaran cikgu Heliza di London, Paris dan Turki.

GAMBAR OLEH HELIZA HELMI.


TURKI









PARIS


LONDON



Itu sahaja gambar di London Paris dan Turki. Dua lepas cikgu dah balik Malaysia. Nanti minggu depan cikgu ke Australia selama 12 hari. Lepas tu ke Korea pulak. Fuhhh.. Nak ikut! hehehe. Nanti aku share Australia pulak. InsyaAllah.. 
Sekian. Bereeh!





Tuesday, April 10, 2012

Allah Selamatkan Aku!

Assalamualaikum semua yang sudi membaca entri aku. Aku nak ucapkan TERIMA KASIH tak terhingga kepada yang membaca entri aku selama ni. Tak jemu. Macam macam komen korang ye walaupun tak komen kat sini. heheehe.. Korang terbaik lah! Dan paling berharga juga kepada SEMUA yang sudi CONTENG WALL POST FB aku dengan UCAPAN ISTIMEWA HARI INI. Aku dapat lebih kurang 100+ ucapan kat post. Macam tahun lepas tapi yang kali lagi GEMPAK! Yang TAK PERNAH WISH sudi wish kat insan seperti aku. heheehe. Aku sangat hargai korang. Yang wish bukan orang Malaysia jer tau! Orang dari luar pun ado. Orang Egypt, Jerman, India aka Hindustani. hehehehe.. Glamor tak aku??? hahaha.. *pasan hanget* :p

Sempena umur dah makin tua ni kan. Aku harap apa yang impikan dimakbulkan oleh YANG MAHA ESA. ALLAH SWT yang sentiasa memberi banyak NIKMAT dan membahagiakan aku sebagai hambaNya banyak melakukan dosa. Khilaf ini semoga doa-doa daripada korang menjadi kenyataan dan aku terus dilindungi dari luaran dan dalaman. Yela, nikmat dan perlindungan daripada ALLAH SWT boleh ditarik sekelip mata. Ingatlah hidup di dunia hanya semetara. Tak perlu EGO. Bongkak. :)
Aku tulis macam ni sebab nak mengingatkan diri sendiri jugak. Kadangkala aku tak perasan aku banyak buat dosa dan terkhilaf kat korang mungkin. Maafkan aku yeh? Aku bahagia. Ada orang yang menyayangi aku. Apabila kita disayangi ALLAH maka ALLAH akan menghantar seorang insan menyayangi kita. Subhana'Allah...

Selama SETAHUN ini laa bagi aku ini lah HADIAH DAN KEJUTAN ALLAH paling istimewa. Aku tersentuh. Betapa ALLAH menyayangi aku. Allah....!! Allah menghantar seseorang yang sentiasa membahagiakan aku......

NUR HELIZA BINTI HELMI
ALLAH hadiahkan sebelum hari lahir aku tahun lepas sehingga hari ini cinta dan kasih sayang kepada insan ini masih mekar dan mengharum.
INGAT, KERANA ALLAH PASTI BOLEH. 
SEGALANYA KERANA ALLAH SWT. :)

Sempena hari istimewa ke 21 tahun ini aku juga dapat wish daripada insan yang aku sayang itu. hehehe.. Jauh dari Turki, aku sangat merindukan insan ini. Tapi sebelum tu aku dapat wish dari seorang lelaki yang aku minat. Minat macam mana? Hmm.. suke tengok dia berlakon dan dia sudah berubah. Aku sukaaaa!! hehehehe..

Jam 12.16 pagi dari Malaysia

IQRAM DINZLY

Jam 3.33 pagi (waktu Malaysia) dari Turki.

HELIZA HELMI

LOVE BOTH OF THEM. Hihihi. :)

*Tahun ni tak sambut pun walaupun dengan famili. Tak mengapa, tengok Mak ngan Ayah lagi bermakna dan dah cukup kerana mereka membesarkan aku sebagai insan yang telah ada hari ini. Alhamdulillah.. Syukur! Allah :) *

DOA AKU BIARKAN SAHAJA ALLAH SWT YANG TAHU. INSYA'ALLAH... ALLAH :)


ALLAHU'AKBAR!!!



Monday, April 9, 2012

21 Tahun 10 April

Assalamualaikum semua...
Sebelum menjelang umur 21 tahun  malam ni aku edit satu video untuk dikongsikan untuk korang. Wahhh.. ade angka 1 laaa. 
Alhamdulillah... Hadiah paling berharga Allah telah berikan pada aku selama SETAHUN untuk mengenali cikgu. Ini adalah salah satu hadiah istimewa Allah berikan selama aku berumur 20 tahun. Nikmat tahu! Hadiah Allah berikan sebelum hari lahir. Baiknya Allah... Restu dan kasih Allah kepada sebuah hubungan sesama manusia akan kekal dengan keikhlasan dan menjalinkan ikatan kerana-Nya pasti akan harum dan mekar hingga akhir waktu. InsyaAllah.... Mendoakannya juga.   :)

Ini video saat-saat indah selama SETAHUN aku menjalinkan hubungan ukhuwah bersama insan bernama NUR HELIZA HELMI ini. :)


Doakan hubungan silaturahim kami ini berkekalan hingga ke syurga ya? Amin. :)
Saya sayang cikgu! 

Ok, bereeh!
Salam.

Friday, April 6, 2012

Heliza di Turki

Assalamualaikum korang....
Hari ni aku nak share cikgu kat Turki pulak macam aku janjikan hari tu. hehehe.

Program "Rasa Halal Antarabangsa" akan bersiaran pada Jun nanti di Astro Oasis 106.

CREDIT PHOTO'S TO HELIZA HELMI




 Bilik Penginapan

Masjid Eyup @ Ayub Al-Ansari 

 New Mosque Istanbul

Makam Ayub Al-Ansari

 Taman Topkapi Palace

Otw ke Safranbolu

Bandar Safranbolu

 Safranbolu (zaman Uthmaniyyah)
\
 Blue Mosque

Wednesday, April 4, 2012

Surah Al Mulk Ayat 2


Perkongsian bacaan ayat 2 oleh cikgu Ja.


Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

Al Mulk : ayat 2


Monday, April 2, 2012

Subhana'Allah.. Memandangnya menyejuk hati

Subhana'Allah....

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang) :

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab,

 “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)”

(Hadis Riwayat al-Tabrani)






Lirik lagu Muslimah - Nazrey Johani

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Bidadari dunia. :)
Sekian.
Bereeh..