Saturday, January 28, 2012

A New Year A New You

Assalamualaikum korang....
Haaaa... dah berhabuk bersarang lebah blog aku.. Dah 2 minggu tak update. hehehe.. Takde story sangat. Tapi kali ni bila aku dah menaip dan korang sedang membaca ni tahu tahu jelaa kan? Senyum kambing gigi dua batang laa tuu.. Ok laa aku taknak bebel panjang. Ayat ni aku COPYPASTE terus dari fanpage Cikgu.


Belum pernah ada program sebegini yang menggabungkan ramai jurucakap dan perunding imej dalam masa dua hari tanpa apa-apa bayaran.

Inviting you to "PLF ShowCase - A New Year, A New YOU!" featuring 8 Professional Learning Facilitators will be happening for TWO DAYS starting tomorrow at The Auditorium, Perbandaran Perpustakaan Awam Shah Alam from 10am till 5pm. You want to be there ;)

Here is the tentative program:
Saturday 28 January 2012


10.00 am | Nura Muna Abdul Halim | C.A.N LEAD!
11.00 am | Rina Baha| Color Wise
12.00 pm | Lunch break
2.00 pm | Suhaili Ikhsan | Win Your Kids, Win Your LIFE!
3.00 pm | Tharwah Kassim | Tell it from the heart!
4.00 pm | Mohd Rizal Hassan | Take Charge!

Sunday 29 January 2012

10.00 am | Mohd Nadzrin Wahab | Make it REAL!
11.00 am | Nur Mastura Mansor | ALERT!
12.00 pm | Lunch Break
2.00 pm | Nur Heliza Helmi | Just Bereeeh! 
3.00 pm | Mohd Rizal Hassan | Learn to read people's eyes
4.00 pm | Mohd Rizal Hassan | I Can See My Future!!



Kalau korang tak sempat datang hari ini esok ada lagi. Cikgu adooo... Aku datang tak? Alamakkk.. aku kat kampung. Tak dapat datang. Ilmu tak dapat dikutip hari ni dan esok. Tak dapat nak sharing. Tak mengapa, takde rezeki buat masa ni. InsyaAllah lain kali pasti! :)


Jangan lupa datang esok tau! 


STATUS FB CIKGU : 
Mari semua ke Auditorium, 28.1.2011-29.1.2011 Perbandaran Perpustakaan Awam Shah Alam from 10pagi hingga 5petang untuk menimba ilmu motivasi, urus diri, memimpin, imej & fesyen, ilmu ibu bapa & merancang kejayaan. Program bermanfaat, seronok, berilmiah. Slot IJA pada esok hari jam 2 ptg. Masuk PERCUMA! Jangan lepaskan peluang sebegini. :) ajak la kawan2 lain semua..:)


*baru pasan tahun 2011* hehehe... 2012 yer! :)


Akhir kata, kutip dan simpan ilmu dan pengalaman. Semoga menjadi inspirasi dan bermotivasi. :)










Sunday, January 15, 2012

Kami TEAM BEREH


TEAM BEREH memang BEREH BOH!


Haaaaa... Kami Team Bereh? Poyo laa kekonon aku join..
Lagipun, cikgu suruh aku join ngan kenal dorang.. hehehe.. Kembang! -OO-
Gambar kami semua.... Kenangan! :)

Santai Geebomm

Take 1

Take 2

Take 3

Adik Cikgu, Ika.

Berehh...... ;)

Saturday, January 14, 2012

Aku, Cikgu Ja dan Team Bereh!

Dimulakan dengan lafaz bismillah..
Alhamdulillah dipanjatkan dengan keindahan hari 14 Januari 2012. 

Assalamualaikum korang.. 
Aku tahu korang nak baca blog! Tak senang duduk laa tuu.. hehehe..
14 Januari 2012.... Yang indah! Best kenal TEAM BEREH memang BEREH BOH! Atoiii.. :)
Best dapat bebel cikgu... Aduuuiii cikgu pandang selekkkkk.. Betul ker eja camtu? Apa apa pun boleh..
Sebab apa? hmmmm..aaa...errr... tak apelaaa.. salah aku jugak! Kan dah kena dengan kak Zeq.. ahahaha.. Gurau manja! Lawak jer.... muehehehe.. Kak Zeq! Terima kasihh.. :) Lama kot aku tunggu cikgu. Ce teka bape lama? hahahaha.. Aku ada tanya kat PERUNDING IMEJ tentang muka aku sesuai tak dengan tudung ni. Huihhhh... Bukan main tahuuu!! Tahniah Mabruk Cikgu Ja! Saya bangga dengan cikgu.. :)
Kali ni aku bukan orang terakhir yang amik gambaq dengan cikgu, sebab Kami semua adalah yang terakhir.Ehhh.. sejak bila aku join TEAM BEREH nih?? kikiki.. Tak sangka pulak TEAM BEREH tegur aku. Aku tak kenal pun, tapi dia yang datang tegur aku. Siap cakap "AIN" kan? Aku cakap laaa "YA". Aku tanya dia sape? IRA HARDINA. Aku pun terus ingat KAK SUE. Sebab apa? Dorang berkawan baik...hehehe.. Lawak! Aku tengok dalam gambar lain kat luar lain. ekekeke.. Comel kak Ira.. Kak Sue pun comel sama tinggi sama rendah cuma tak sama mata empat jer... hiihihi.. Kalo kak Sue baca entri ni, siaplaa aku.. Cabuttt... :p Kenal Aiza ngan Reng Fars.. Peramohhh muu!! hahaaha.. Aku jer yang terkono dorang nih!!   -_________________-" Terima kacihh! ;)
Kenangan hari ini sangat indah.. Dapat berkumpul dan kenal TEAM BEREH.. Aku mula laa cakap segan kat cikgu, sekali aku kena bebel... hehehehe.. Aku dengar cikgu cakap "PR" jer.. Nampak kan anak murid derhaka? Yang ni aku nak cerita.. Panjang nih.. Tapi takleh bocoq semua biarlah berahsia! 
Masa aku datang depan cikgu, aku lupa nak cium tangan cikgu. Pastu bila dah lama baru aku nak salam. Aku cakap laa macam ni "Cikgu, saya lupa nak salam.. Anak murid derhaka ni". Pastu cikgu gelak cakap "anak murid derhaka?" Aku bersyukur hari ini. Tiap tiap hari aku bersyukur kerana nikmat ini. Rasailah setiap detik indah. Allah memberi nikmat itu jadi hargailah saat itu kerana tidak mungkin diulangi. Alhamdulillah... Adakah secara automatik aku jadi geng gempaq TEAM BEREH ini? Tanyalahhh doranggg.. hahaha.. Buat masa ni aku tak dapat post gambaq dengan dorang. Nanti dah dapat, aku post ok? :) Aku post gambaq aku dengan cikgu jer.. Tengokk laaa.. mula mula tak serasi, kali kedua baru sherashiii bershameee.. -_O ehewwww.. Tolonglahhh paham! :p




Cikgu pesan kat aku, jaga diri... TAKE CARE GARNIER! ;)
Sekiannn.. TERIMA KASIH.



Friday, January 13, 2012

Heliza Helmi Kini CERTIFIED PROFESSIONAL IMAGE CONSULTANT

Assalamualaikum korang..................!!!
Alhamdulillah.. Terima kasih mendoakan cikgu. Hari ini... Yeppp!! Hari ini..
Cikgu baru saja tweets.. Aku turut gembira.
TAHNIAH!! MABRUK Cikgu! :)


Imbas kembali yaaa...






TWEETS CIKGU :

"Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. sujud syukur padaMu Ya Rabbi.. Perjuangan selama 5 hari akhirnya berjaya. Walaupun rintangan untuk menimba ilmu dalam bidang ini sgt cabarannya. Apatah lagi hari ini. Terlalu banyak dugaannya. Namun berserah segalanya kpd Allah setelah berusaha sesungguhnya. Allah. Tak dapat gambarkn perasaanya. Now I'm Certified Profesional Image Consultant. Alhamdulillah. :) "



KINI......


Mabruk Cikgu Ja!! :)


Now : Certified Profesional Image Consultant

Aku tak tahu nak bebel apa.. Sikit kan aku taip? Paling ringkas dalam blog. Alhamdulillah... Aku bahagia! :') 
MABRUK CIKGU dari anak muridmu sekali lagi.. 

Sekian Terima kasih..... zzzz


Thursday, January 12, 2012

Heliza Berkongsi Ilmu (COLOUR ANALYSIS)

Assalamualaikum korang..
Hari ni hari keempat cikgu join program "Train The Trainer Professional Image Consultant."
Esok hari terakhir untuk mengetahui layak atau tidak cikgu mendapat "CERTIFICATE". InsyaAllah... doakan! :) Pagi tadi cikgu berkongsi tentang apa yang dia telah belajar. Ramai jugak bertanya, tapi aku jer yang tak bertanya sebab blur di pagi hari dan hakikatnya aku tak tahu nak tanya apa jadi tak bertanyalahhh.. hehehe..  Aku tak nak bebel panjang.. Aku post untuk korang paham maksud kaler yang sesuai untuk pemakaian kita....







contoh cool/warm colour

Bersambung...

Wednesday, January 11, 2012

Peluang bertemu Heliza Helmi

PERHATIAN!!!

Jangan ketinggalan....

Sesiapa yang tinggal sekitar KL dan sewaktu dengannya nak jumpa Heliza boleh hadirkan diri kat Berjaya Times Square sabtu ini jam 1.00-4.00pm. Okehh.. ;)






JUMPA DI SANA! 

Trainer : Bittaufiq Wannajah Heliza Helmi.. Cikgu Boleh!


Doakan Cikgu ya? 
InsyaAllah.. :)
Cikgu pasti boleh lakukan! 





Tuesday, January 10, 2012

Heliza Helmi Bakal Trainer Berjaya!

Assalamualaikum korang.
Maaflah dah beberapa hari ni aku tak bercerita pasal cikgu. Bukan tak nak tapi takde topik. Haa.. kali ni ade yang aku nak share. Masuk hari ni dah 3 hari cikgu join program "Train The Trainer Professional Image Consultant". Hebat tak? Wanita hebat.. hehehe.. Aku doakan cikgu aku berjaya. Semalam cikgu ada TEST. Ini semua tweets cikgu..

Hari Pertama


Hari Kedua

Semoga cikgu menjadi TRAINER yang berjaya. Cikgu boleh!
AKU BANGGA DENGAN CIKGU. :)
Aku ingin menjadi hebat seperti dia suatu hari nanti. Dengan usaha tidak mustahil kita akan menjadi hebat sepertinya. InsyaAllah.. Manjadda Wajada.. :)


Sebagai penutup bicara! 
"Jika anda ingin mencapai kecemerlangan anda mesti mencari peluang dalam setiap kerumitan. Bukan mencari kerumitan dalam setiap peluang." - Motto Hidup Heliza Helmi.


Bittaufiq Wannajah cikgu Ja! :)


Sekiann... 


Sambungan..


Hari Ketiga

Bersama Master Trainer dan trainer

Wednesday, January 4, 2012

Alhamdulillah.. Allah.. Terima kasih Cikgu Ja!

Assalamualaikum korang..
Aku gumbira lagi di saat jam 3.45pagi ini. Aku takleyh nak tidoq laaa... Asal nak tidoq jer tak jadik! Aaishhh.. Rupa rupanya Allah merancang sesuatu yang membahagiakan aku. Orang lain dah zzz... Cikgu aku pun takleh jugak rupanya! Tak percaya ker?? Ini laaa Allah rancang.. MasyaAllah... SubhanAllah.. Alhamdulillah.. Sayang aku kat cikgu berbunga bunga sentiasa atas rahmatMU ya Allah...
Okehh.. korang tengok laa nih! Step by step yeh? ;)
Sebelum dulu....

permulaan



1st 

2nd

Cikgu pun dah zzzz dulu ! Okehh.. ini satgi untuk aku tidoq.. HAHA!! Aku bersyukur sangat..hehehe.. Ini la sebab Allah tak mahu aku tidoqqqqqq.... Alhamdulillah... Allah mahu bagi aku kebahagiaan. Syukur! Ini lah nikmat yang Allah berikan kepada aku. Selagi kita mengikat tali ukhuwah selagi itu Allah merahmatinya. InsyaAllah.. Allah Ar-Rahman..
Haaa.. yang last tweets cikgu tu aku tak reply... hehehehehe.. Sebenarnya aku tak tweets pun, aku duk ber"YM" cerita pasal dia. HAHA :p
Setakat ini laaaa dulu yeh?? Bertemu lagikkk.. InsyaAllah... tata ~ Allah....

MAAFKAN AKU


MAAFKAN AKU

SINOPSIS :

Amir, seorang anak kepada Ustaz dan Ustazah yang sudah bergelar Haji dan Hajah. Sikap Amir yang baik hanyalah dihadapan ibu bapanya kerana ingin menjaga hati. Amir bekerja di syarikat milik bapanya dan sering keluar untuk ke kelab malam bertemu rakan rakan tanpa pengetahun ibu dan bapa. Walaupun dididik agama dengan baik oleh orang tua, tetapi dia sia siakan. Sehinggalah suatu hari ibu dan bapanya bertanya adakah dia sudah memiliki calon isteri. Malah, dia menidakkannya walaupun sudah mempunyai teman wanita dengan niat dia tidak mahu berumahtangga lagi. Tetapi berlaku sebaliknya apabila ibu dan bapanya telah mencari calon untuknya iaitu anak rakan mereka. Amir terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu dan bapanya.

Amir telah menikahi seorang gadis yang berakhlak mulia iaitu Heliza. Heliza adalah anak angkat dan dia diberi kepercayaan oleh ibu dan bapa angkatnya untuk menjaga rumah anak anak yatim. Dia juga bekerja sebagai guru tadika disebelah pagi dan guru mengaji disebelah petang di rumah anak anak yatim itu. Heliza berkawan rapat dengan seorang Ustaz sejak dari zaman kanak kanak. Ustaz Aidil seorang baik hatinya. Dia pergi ke Mesir sebelum mengetahui bahawa Heliza akan berkahwin. Setelah pulang dari Mesir, dia kecewa apabila mengetahui Heliza telah berkahwin. Dia bersama Heliza mengajar di rumah anak anak yatim itu.

Amir pula sering tidak mempedulikan Heliza dan cepat panas serta melepaskan kemarahan kepada Heliza. Heliza hanya bersabar walaupun dia terasa keseorangan. Mereka tidur di bilik berasingan. Amir suka mendengar Heliza mengaji dan dia akan berdiri di pintu bilik Heliza untuk mendengar. Dia akan mendengar Heliza mengaji sebelum dia keluar pergi ke kelab malam. Amir begitu egois dan tidak menyedari bahawa dia telah jatuh hati kepada Heliza. Ibu dan bapa Amir mahu bertemu mereka. Selepas pulang dari rumah ibu dan bapanya, tayar kereta Amir pancit. Dia berasa sangat marah. Heliza cuba tenangkan Amir tetapi Amir mendesak Heliza masuk ke dalam kereta. Amir melihat Heliza tidur dan di situ bermula rasa cinta Amir kepada Heliza. Dia membuka jaketnya dan menyelimuti badan Heliza. Matanya bersinar melihat wajah Heliza. 

Amir ingin ke luar bandar untuk menyiapkan kerjanya. Dia enggan memberitahu Heliza tentang ini tetapi pembantu rumahnya memberitahu hal itu. Amir keluar rumah dan setelah Heliza mengetahui hal tersebut dia segera mengemas barang untuk Amir. Amir melihat barangnya telah siap dan dia keluar awal pagi sebelum isterinya bangun. Dia mencari sesuatu dan memasukkan di poket seluar belakang. Heliza sedih apabila suaminya keluar tanpa pengetahuan. 

Amir memandu dan dia teringat gambar yang dia ambil. Dia mencari tetapi tidak menjumpai. Tiba tiba kereta yang dipandu hilang kawalan. Amir kemalangan melanggar pokok getah. Kawasan pedalaman yang jarang di penuhi orang untuk melalui kawasan itu. Tetapi Amir bernasib baik kerana telah dijumpai oleh seorang pakcik yang bekerja di situ. Amir telah dibawa tinggal bersamanya kerana kereta milik Amir telah rosak. Begitu juga dengan barang dan telefon bimbitnya.

Amir mula insaf dan menyedari kesilapan yang telah dia lakukan kepada ibu dan bapanya serta Heliza. Amir mula menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Dia rajin menunaikan solat dan mengaji. Pakcik yang menjaganya gembira dan bersyukur melihat perubahan Amir. Amir mencari seluarnya dan dia merasakan sesuatu di poket seluar belakangnya. Dia melihat sekeping gambar yang dicarinya sebelum berlakunya kemalangan tersebut. Airmatanya mengalir dan dia bercerita perkara sebenar kepada pakcik itu. Disebabkan kampung itu pedalaman susah untuk dia keluar ke bandar untuk menelefon ibu bapanya kerana mengambil masa agak lama dengan hanya menaiki motorsikal yang usang. Tambahan lagi, kaki kanan Amir patah dan dibalut menggunakan kayu dah diubati oleh pakcik itu.

Enam bulan berlalu, Heliza masih menunggu kepulangan Amir. Tetapi masih tidak mendapat jawapan walaupun polis masih membuat siasatan kehilangan tersebut. Heliza harap Amir pulang. Tetapi harapan Heliza musnah kerana ibu dan bapanya mahu Heliza berkahwin dengan Ustaz Aidil. Semenjak Amir tiada disisi Heliza, Ustaz Aidil yang sentiasa menemani dan menjaga Heliza. Tambahan pula, mereka telah bersahabat sejak di zaman kanak kanak. Heliza terpaksa menerimanya kerana tidak mahu melukakan hati ibu dan bapa angkat yang telah membesarkannya. 

Akhirnya, Amir pulang ke rumah. Dia gembira dan mencari Heliza tetapi tidak didengari. Dia mencari juga pembantu rumah. Tetapi  tiada juga sahutan. Dia pergi ke rumah ibu dan bapa Heliza. Amir berasa pelik. Banyak kereta di hadapan rumah Heliza. Amir masuk ke dalam rumah tersebut. Amir terkejut melihat Heliza akan bernikah dengan Ustaz Aidil. Amir kecewa. Dia berada di belakang dinding. Dia hanya melihat. Kemudian dia berlalu pergi tanpa sesiapa yang melihatnya kecuali pembantu rumahnya.

Amir berada di luar pintu masjid. Airmata Amir mengalir lagi. Dia sedih melihat Heliza bakal menjadi milik Ustaz Aidil. Tiba tiba Amir terkejut melihat Heliza berada di hadapannya. Heliza tersenyum. Heliza berjalan dan duduk di sebelah Amir. Amir mengesat airmatanya. Amir hairan. Heliza menceritakan segalanya. Dia tidak jadi berkahwin dengan Ustaz Aidil kerana pembantu rumahnya memberitahu hal sebenarnya. Amir tersenyum gembira. Amir memberitahu Heliza bahawa dia mencintai Heliza. Dia juga berkata "MAAFKAN AKU".

Sekiannn... :p






Monday, January 2, 2012

Cikgu.. I Love Miss You!

Assalamualaikum korang..
Beberapa hari ni aku rindu sangat kat cikgu. Sampaikan aku bebel sorang2 kat twitter. Ntah apa apa jela...
Parah sungguh.. Asal tweets aku typo, typo bukan 1-2 kali banyak kali pulak tu. Bukan main tweets bende lain asyik keluaq "cikgu". Lawak je aku rasaaaa... Contoh tweets aku " cikgu pasal mak.. nak call mak sat! Linduuuu".. Pastu " Tak nanges pun tengok Ombak Rindu. Aku tengok sesorang.. Jiwa kental kot! Tapi aku sedih tengok cikgu hindustan. :p " TYPO ok!!! Adoiiiii....

Yang menggembirakan hati aku bila aku berdoa :

"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada Nur Heliza Helmi sehingga aku menjadi kerinduannya.." Amin.. :)

Tak lamaaa lepas tu cikgu tweets!!! Ini diaaaa......


bebeling


Yang penting cikgu ni pun stalk aku! Bukan baru pertama kali dah banyak kali. Takpe, aku pun stalker cikgu gak! Aku stalker baik jer... werkssss!! :p

Dah laaa sebelum tu Kak Zeq tweets camni " Jgn mengigau plak ye" :) 

Adoiiii... hahaha.. lawak2!! Alhamdulillah.. Terima kasih atas sayang ini.. :')

Inilah sebabnya aku sayangkan cikgu Ja. Dia ada ketika aku gelisah.... Dia penghibur hati walaupun jauh dimata tetapi sentiasa dekat dihati. hehehe.. jiwang dok?? :p

I LOVE YOU Cikgu Ja ! Moga Allah sentiasa rahmat dan merestui hubungan silaturahim kita. Amin... :)
Ain bangga dan bertuah dapat kenal dengan cikgu. Kau insan teristimewa dulu kini dan selamanyaaaa.... ngeee~


Terima kasih korang kerana sentiasa setia menunggu dan membaca cerita tentang insan istimewa yang aku sayang ini. ;)
Sekiannn....



Sunday, January 1, 2012

2012 - 21

Assalamualaikum korang....
Sudah tahun 2012... Sempena umur aku bakal mencecah 21 tahun untuk tahun ni. Aku berazam nak jumpa Cikgu Ja sebanyak 21 kali. Giler tak? hehehe.. InsyaAllah jika Allah SWT mengizinkan. Yela, tahun 2011 dah banyak kenangan.. 9 kali cukup bermakna yang Allah telah berikan pada aku. Bila aku dapat tahu cikgu menulis 22 perkara sempena umur dia 22 tahun dahulu. Ada perkara yang ditulis telah berlaku pada waktu dan saat ini. Aku juga memasang impian untuk mengikuti jejak cikgu kesayangan aku ituuu... hehehe :)

Macam kenangan 2011... 2012 pulak aku tak mengharap apa apa pun melainkan apa yang telah aku berdoa setiap hari kepada Allah. Aku sentiasa melakukan apa yang aku ingin capai. InsyaAllah.. Setiap hari ada niat, usaha, azam, semangat, berubah untuk diri sendiri. hehehe.. Doakan sesama insan lain, malaikat akan turut mendoakan kita. :)

Apa pun, doakan hubungan silaturahim sesama kita terbina dengan ukhuwah yang mendapat restu Allah. Ikhlas dan bersangka baik adalah penguat dalam sebuah perhubungan kasih dan sayang. Doa adalah senjata orang mukmin maka berdoalah setiap hari. Allah suka hambanya berdoa. Doa.. doa.. doa... :)

Akhir kata... banyak betul aku bebel. Alahh... Korang macam tak biasa pulak kan! hehehe..
Aku sayangkan korang tanpa korang aku tak mungkin segembira. Dapat berkongsi apa yang nak luahkan curahkan. Setiap pertemuan pasti ada hikmah cuma kita tak tahu RAHSIA ALLAH. Maka galinya dengan berfikiran untuk diri kita. Positif... SToppppp! hehehe.. Terima kasih koranggg!!

Nak gambar cikgu tak?? Nak tak nak aku nak letak jugakkkk!!!.. :p




comel tak? :p

peace!

Okehh.. Terima kasih laaa kome semua! hehehehe...
Sekiannn... ;)