Wednesday, February 29, 2012

Khas buat Cikgu Ja :)

Assalamualaikum korang..
Aku happy sangat pagi ni.. Dalam pukul 1.40pagi tadi cikgu komen video yang post kat FB. Nak siapkan edit amik masa 2 jam lebih macam tu laa.. Yela, nak pilih gambo tunggu convert sebih kurang setengah jam. hehehe.. Alhamdulillah semuanya berhasil atas kesabaran. Allah merestuinya. Syukur! :)

Haaa.. berbalik mula mula tadik! Cikgu Tersentuh. Aku pun tersentuh dengan cikgu dah lama dah. Bukan tersentuh sebab frust ke hape. Ni tersentuh sebab aku bahagia bila Allah temukan aku dengan cikgu. Aku sangat bahagia. Aku tahu korang tak suka aku bebel panjang lebau kan.. Aku nak tunjuk bukti yang cikgu "tersentuh" hehehe.. Tengok di bawah yerrr.. :)


Kan? ekekeke.. Ok, ni video yang aku edit.

Wanita - Dehearty

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Mata sudah mahu melabuhkan tirai.
Berehhh.. Salam :)

Tuesday, February 28, 2012

Video: Jom Bereeh!

Aku share video ni. Hayatilah maksud lirik lagu yang indah ini 
Jalinan oleh UNI
Enjoy! ;)


Sekian Terima Kasih! Berehhh... 

Saturday, February 25, 2012

Talk : Cintai Diri Bina Personaliti at IIC

Assalamualaikum korang...
Rindu lettewww kan? Aku dah tahu dah... hehehe.. Lagi sekali bulan 2 ni aku jumpa cikgu. Sebelum aku nak cerita pengalaman malam tu, aku nak cerita apa yang berlaku masa perjalanan aku datang ke IIC nih. ehehehe.. Sangat kelakar!

Aku keluar jam 6petang dari Kepong Sentral naiklah KTM terus ke KL Sentral. Aku pegi sorang sebab takde orang teman. Member2 bizi boh! Okehh sambung.. Dari KTM Kepong Sentral ke KL Sentral. Aku amik LRT ke Gombak. Kemudian, aku tanya 2 orang kakak yang ada kat LRT Gombak tu sekarang dikenali sebagai Stesen PUTRA. Tapi dorang tak tahu. Aku pegi tanya abang drebar bas. Tapi naik bas lain. Tapi akak yang sorang kata bas tu pegi UIA. Aku pun amik keputusan amik teksi. Abang teksi pun hantar. Aku kata nak ke IIC. Sampai laa ke IIC yang dikenali sebagai BMI dekat UIA Gombak. Lepas, sampai aku pun tanya pakcik guard kat sekolah. Pakcik bagitau tanya guard yang depan sana. Lepas bayar tambang, aku pun pegi laa.. Jam menunjukkan 7.40petang. Aku tak solat lagik. Sampai laa aku tempant yang pakcik guard sekolah suruh tanya. Aku pun tanya, sekali aku PELIK. INTERNATIONAL ISLAMIC SCHOOL? Macam pelik tapi benar. Bukan ke aku nak pergi INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE?Sekaliiiiiiii.. Pakcik guard kata, ehh.. ni anak bawah IIC. IIC kat Batu Caves, Taman Bukit Muda. Belakang Giant. Alamakk... SESAT dan SALAH TEMPAT! Muahahaha.. Nasib aku dan rezeki ada cikgu sekolah keluar. Pakcik minta cikgu tolong hantar aku. Aku pun naik laa. Cikgu bernama Tasnim hantar aku ke busstop kat Kg Sungai Pusu. Aku pun tunggu punya tunggu teksi tapi takde yang berhenti. Haaa.. bas pun sampai! Yesss.. Tapi masa aku naik macam pelik lagik.. Aku pun tanya abang drebar bas. Sekaliiii... SALAH NAIK BAS! Nasib lagikkkk... aku pun turun bas depan traffic light! Tak paya bayar sebab dekat jer. hehehe.. Aku nak melintas tapi tak berani. Masa nak lintas teksi pun muncul.. Tepat! Aku pun naik kata nak ke IIC. Tapi pakcik teksi undur kereta. Tapi aku kata nak pegi IIC Taman Batu Muda belakang Giant. ekeke... Taknakk pegi sana lagikkk!! IIS... Jam dah 8.00malam.. Alhamdulillah.. akhirnya sampai selepas apa yang berlaku. Ada hikmahnya! Sabar... Allah.. ;) Tepat 8.15malam aku pun sampai. 2jam 15minit baru sampai. Untuk pengetahuan korang..... Taman Batu Muda sangat dekat dengan Kepong yerrrr... Aku seronok main pusing pusing! hehehe.. Nikmat! :)

Sekarang aku nak bercerita pasal pengalaman yang aku dapat. Talk yang sangat happening. Mesti laa   cikgu aku kalu bercakap pasti ada lawak spontan. Bukan main buat dup dap melalui bunyi mulut tahu. Cayalahh cikgu! hihihhi.. Formula C.I.N.T.A adalah..

C - Champion
I  - Intelek
N - Natural
T -  Take Care
A - Anugerah

Setiap kali aku datang talk cikgu mesti tak kering gusi! Lepas program aku pun jumpa dan salam dengan mama dan adik cikgu Ika. Borak sikit dengan mama cikgu. Ehh.. Kak Zie pun datang jugak laa.. eheee
Ramai sungguh orang nak bergambar dengan cikgu. Meriahhh.. aku lepak jer! Haaa.. kali ni aku orang akhir amik gambar laa.. Tapi ada lak akak2 yang buat program tu amik gambar jugak. Yang kelakarnya, ade sorang akak tanya, "KAWAN KE SEDARE" ngan cikgu? Aku tahu cikgu tengok aku tapi aku tengok tepon. pastu baru aku tengok cikgu. Aku sengih2 tengok cikgu..hehehe.. Tak jawab pun! kikikikik..
Opssss... lepas amik gambar aku lupa nak salam cikgu! Aku pun panggil sorang bro, bro kata pegi laa salam. Bro tu dikenali sebagai "Mahkota Taqwa" kat FB..hehehehe.. Aku pun pegi laa duk depan kereta.
Aku tak bagi jalan. Lock kereta pun buka. Cikgu bukak pintu. Cikgu tanya. "Nak apa?"
Aku cakap "Nak salam jer..." Pastu cikgu cakap, "Ain ni kelakar laaa..." Cikgu gelak! hahahahaha.. Yuhuuuu... Dah afdal...3kali cikgu kata aku KELAKAR... kahkahkahakah.. Aku pun tutupkan pintu kereta.
Itu sahaja, aku pun berlalu pergiiiii...pergiiii..pergiiii... hahahahahaha... Masa nak balik, Bro Mohd Noor atau Mohkota Taqwa  tolong aku. Dia mintak tolong budak perempuan yang naik motor depan guard. Segan aku. Dah laa tak kenal. Budak tu tak fikir panjang sudi hantar aku balik. Aku pun naik laa.. hehehe.. Budak tu baru balik dari kelas teater. Terima kasih adik Asma. Lupa aku nak tengok no flat motor dia. Aku harap dia dah sampai kat rumah dengan selamat. Aku takde kredit pulak nak tanya. Abang teksi yang hantar aku balik pun call masa aku atas motor. hehehe.. Dah laa dah ade kat depan colloge tu. Isk isk. hehehee...
Panjang laaa aku bebel? Dah letih? Gelak kan? Syok tak baca? Ok... Sekiannn... Terima kasih sebab korang sudi baca entri aku yang paling panjang kali ni.. heeeee.... Ehh... kata dah sekian? Ok ok.. sekian..
Salam.. Berehhhhhh!! :)

Monday, February 20, 2012

"Coffee Talk : Cintai Diri, Bina Personaliti"

NEWS !

"Coffee Talk : Cintai Diri, Bina Personaliti" di International Islamic College KL, 23 Feb 2012, 8.30pm-11pm.





Jom datang beramai ramai. Aku malas nak bebel panjang sebab dah lama tak dengar cikgu bebel ! :p
Okehh... Jumpa di sanaaaaaa!! ;)
Salam....... Berehhh!
 

Saturday, February 11, 2012

Jom Bereeh!!! :D

Assalamualaikum korang.
JOM BEREEH! Minggu lepas aku kata aku tak sure join ke tak kan? Haaa.. Alhamdulillah aku join! Memang terbaik laaaaaa... Banyak aku nak share selama seharian bersama cikgu. Memang daaa BoOM!
Mula mula masa datang sampai tepat jam 8.30 pagi dan hampir sesat. ahaha.. Pagi pagi aku dah gelak sebab kak Ima suka buat lawak tak batul dengan aku. Macam macam pulak terjadi masa nak datang tertinggal something laa.. Yang helmet punya cermin tercabut laa masa perjalanan nak sampai kat tempat tu. Kelakar jer!

Masa sampai kat dewan segan lagi laa.. KONON! Lepas tu ada sorang kenalan datang. Nama dia Ira. Haaa.. dari awal sampai balik kiteorang lepak tak kering gusi. Kak Ima dengan kak Ira asyik kenakan aku sampai cikgu pun terpengaruh percaya. Elehhh. Korang sebenarnya syok kat mamat tu. Jauh tu dari Johor datang. ahahaa.. Kemudian kenal pulak dengan abang BroFrameStone atau lebih dikenali sebagai Bro. Selalu jugak nampak kelibat name dia kat Tweets ngan FB. ahahaha. Di situ bermula laa kegilaan kami. hehehehe.. Aku kenal adik adik kat program tu. Adoiyaiii.. Ramai dapat adik! seronok yawww.. :p Then, aku tak sangka dapat jumpa kak Huda, kak Zie ngan abang Syah. Dah lama kenal dalam FB Twitter jer. Akhirnya jodoh kami.. mueheehe :D

Sesi seterusnya, kitaorang main game dengan adik adik yang comel. Sangat menghiburkan. Ya Allah macam macam gelagat berlaku. Aku ada amik gambaq masa cikgu main game. Nanti korang tengoklaa yer.. Aku ni suka amik gambaq curi. Cikgu tensionnn!! hahaahahaaha.. Cikgu cakap, aku nih kelakar! Bukan sekali 2 kali tahu.. Lawak! Aku cakap kat cikgu "alaahh macam baru kenal saya sehari hari ni" ahhahaahha... Cikgu cakap balik, program macam ni laa buat kita tahu perangai. Kan? muahahaha.. Terbaikkk weyh!! Jangan jeles lebih lebih tahuuu.. Aku seronok gumbira dapat lepak dengan cikgu! Sayanggg cikgu. Terima kasih banyak! Hari ini lebih baik daripada semalam. Alhamdulillah..... Aku banyak jugak borak dengan cikgu tapi takleh nak cerita lebih. Biarlah yang lain jadi rahsia.. Muahahahaha...

Sebelum berakhirnya pembebelan aku ini, ada sesuatu perkara yang diluar jangkaan. Nak tahu apa? Adanya SURPRISE BUAT CIKGU. Air tepung berlaku lepas amik gambar beramai ramai. Yang terbaik, aku berdiri sebelah cikgu, aku terkena tempias. Memang sangat menggila bila berlaku perkara sebegini. ahahaaha... Pertama kali aku join event ni, ni la event yang paling gempak dan sepanjang aku kenal cikgu. aku bersyukur sangat atas ukhuwah ini.

Kesimpulannya, program ni mewujudkan ukhuwah fillah. Aku sayang kat adik adik yang datang program ni. Aku sayang sorang adik bernama Najihah daripada rumah Nur Hikmah,Kajang. Aku harap dapat berjumpa lagi. InsyaAllah...

Okehh.. Antara gambar gambar yang aku sempat amik.












 

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Terima kasih. :)
Salam.... peace! Bereehh..

Thursday, February 2, 2012

3 Februari 2012 : 26 : Nur Heliza Helmi

Ucapan anak murid kepada cikgu. :)


Allah selamatkan cikgu Heliza Helmi. Sanah Helwa.. Selamat hari lahir... Happy birthday.. Sayang sayang cikgu! I love you teacher.. Wo ai ni Lauseee... Main tumse pyaar karti hoon. *tetibe hindustan*






Cikgu..
Hari ini merupakan buat kali pertama saya mengucapkan ulangtahun kelahiran cikgu yang ke 26.
Sempena usia yang telah meningkat ini semoga cikgu sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan diberikan kesihatan yang baik serta menjadi insan yang hebat di dunia dan akhirat. InsyaAllah.. :)

Cikgu..
Kasih dan sayang ini tidak dapat dibeli oleh sesiapa pun. Kecuali yang memberi adalah YANG ESA. 
Saya bersyukur dan cikgu telah mengetahui hakikat kasih sayang saya ini kepada cikgu. Semoga Allah hubungan silaturahim sentiasa berkekalan sehingga nyawa memisahkan kita. Amin..

Cikgu..
Akhir kata daripada saya, apa yang saja yang cikgu lakukan urusan akan dipermudahkan kerna doa sentiasa mengiringi kerana ketulusan hati seseorang yang menyayangi dirimu kerana ALLAH SWT. Saya tidak pernah meminta untuk bertemumu malah saya tidak minta untuk menyayangimu bahkan juga untuk mengenal dirimu. Ini kerana ALLAH. :)

Ini sahaja yang dapat saya dicoretkan buat cikgu tersayang.....

Sekian.. Assalamualaikum :)

Jom Berehhh!

Assalamualaikum....
Korang sehat tak? Ada orang mengadu kat aku, dia hilang akal sebab tak dapat bace cerita baru. Nasib baik tak gila!! Parah sungguh... Nahh...aku bagi info! Minggu depan ada program amal bersama cikgu. Aku tak sure join ke tak... Aku dah keje laaa.. InsyaAllah kalo ada kesempatan aku pergi. Oklahh.. tak nak bebel panjang, yang ni info program terbaru....




JOM BEREEH! - Ceria Bersama Anak-anak Yatim & Heliza Helmi

Tarikh: 11 Februari 2012 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Impian Country Resort, Jalan Taman Agrotek, Batu 14 ½, Jalan Hulu Langat
Aktiviti: Piknik, Sukaneka & Perkongsian ilmu oleh Heliza
Yuran Penyertaan: RM50 seorang

Sertai aktiviti sambil beramal. Setiap satu bayaran penyertaan bermakna satu tajaan penyertaan untuk seorang anak yatim. Anda dan anak yatim berkongsi kehadiran. Semakin banyak penyertaan dari anda bermakna semakin ramai anak yatim yang mampu diceriakan. Jom ramai-ramai bersantai & beriadah bersama.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turut serta, boleh juga menyalurkan sumbangan ikhlas samaada dalam bentuk TUNAI atau BARANGAN KEPERLUAN. Keikhlasan anda, penghargaan bagi mereka.

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, hubungi :
FIRDAUS/ELLY (Tel 03-9081 1234. Fax 03-9081 3456)
email: firdaus@helizahelmiproduction.com, elly@helizahelmiproduction.com
SHE (012-2726042).

Bayaran penyertaan boleh dibuat terus ke akaun
CIMB 1414 0129 374524 (ZAILIAZWA BADAR)
Sila emelkan/fax slip pembayaran bersama Nama Penuh & no. telefon
dan bawa slip pada hari tersebut :)




Jangan lupa datang untuk beramal dan jumpa cikgu saya! heheehe... :p