Thursday, February 2, 2012

Jom Berehhh!

Assalamualaikum....
Korang sehat tak? Ada orang mengadu kat aku, dia hilang akal sebab tak dapat bace cerita baru. Nasib baik tak gila!! Parah sungguh... Nahh...aku bagi info! Minggu depan ada program amal bersama cikgu. Aku tak sure join ke tak... Aku dah keje laaa.. InsyaAllah kalo ada kesempatan aku pergi. Oklahh.. tak nak bebel panjang, yang ni info program terbaru....




JOM BEREEH! - Ceria Bersama Anak-anak Yatim & Heliza Helmi

Tarikh: 11 Februari 2012 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Impian Country Resort, Jalan Taman Agrotek, Batu 14 ½, Jalan Hulu Langat
Aktiviti: Piknik, Sukaneka & Perkongsian ilmu oleh Heliza
Yuran Penyertaan: RM50 seorang

Sertai aktiviti sambil beramal. Setiap satu bayaran penyertaan bermakna satu tajaan penyertaan untuk seorang anak yatim. Anda dan anak yatim berkongsi kehadiran. Semakin banyak penyertaan dari anda bermakna semakin ramai anak yatim yang mampu diceriakan. Jom ramai-ramai bersantai & beriadah bersama.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turut serta, boleh juga menyalurkan sumbangan ikhlas samaada dalam bentuk TUNAI atau BARANGAN KEPERLUAN. Keikhlasan anda, penghargaan bagi mereka.

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, hubungi :
FIRDAUS/ELLY (Tel 03-9081 1234. Fax 03-9081 3456)
email: firdaus@helizahelmiproduction.com, elly@helizahelmiproduction.com
SHE (012-2726042).

Bayaran penyertaan boleh dibuat terus ke akaun
CIMB 1414 0129 374524 (ZAILIAZWA BADAR)
Sila emelkan/fax slip pembayaran bersama Nama Penuh & no. telefon
dan bawa slip pada hari tersebut :)




Jangan lupa datang untuk beramal dan jumpa cikgu saya! heheehe... :p






No comments: