Wednesday, January 4, 2012

MAAFKAN AKU


MAAFKAN AKU

SINOPSIS :

Amir, seorang anak kepada Ustaz dan Ustazah yang sudah bergelar Haji dan Hajah. Sikap Amir yang baik hanyalah dihadapan ibu bapanya kerana ingin menjaga hati. Amir bekerja di syarikat milik bapanya dan sering keluar untuk ke kelab malam bertemu rakan rakan tanpa pengetahun ibu dan bapa. Walaupun dididik agama dengan baik oleh orang tua, tetapi dia sia siakan. Sehinggalah suatu hari ibu dan bapanya bertanya adakah dia sudah memiliki calon isteri. Malah, dia menidakkannya walaupun sudah mempunyai teman wanita dengan niat dia tidak mahu berumahtangga lagi. Tetapi berlaku sebaliknya apabila ibu dan bapanya telah mencari calon untuknya iaitu anak rakan mereka. Amir terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu dan bapanya.

Amir telah menikahi seorang gadis yang berakhlak mulia iaitu Heliza. Heliza adalah anak angkat dan dia diberi kepercayaan oleh ibu dan bapa angkatnya untuk menjaga rumah anak anak yatim. Dia juga bekerja sebagai guru tadika disebelah pagi dan guru mengaji disebelah petang di rumah anak anak yatim itu. Heliza berkawan rapat dengan seorang Ustaz sejak dari zaman kanak kanak. Ustaz Aidil seorang baik hatinya. Dia pergi ke Mesir sebelum mengetahui bahawa Heliza akan berkahwin. Setelah pulang dari Mesir, dia kecewa apabila mengetahui Heliza telah berkahwin. Dia bersama Heliza mengajar di rumah anak anak yatim itu.

Amir pula sering tidak mempedulikan Heliza dan cepat panas serta melepaskan kemarahan kepada Heliza. Heliza hanya bersabar walaupun dia terasa keseorangan. Mereka tidur di bilik berasingan. Amir suka mendengar Heliza mengaji dan dia akan berdiri di pintu bilik Heliza untuk mendengar. Dia akan mendengar Heliza mengaji sebelum dia keluar pergi ke kelab malam. Amir begitu egois dan tidak menyedari bahawa dia telah jatuh hati kepada Heliza. Ibu dan bapa Amir mahu bertemu mereka. Selepas pulang dari rumah ibu dan bapanya, tayar kereta Amir pancit. Dia berasa sangat marah. Heliza cuba tenangkan Amir tetapi Amir mendesak Heliza masuk ke dalam kereta. Amir melihat Heliza tidur dan di situ bermula rasa cinta Amir kepada Heliza. Dia membuka jaketnya dan menyelimuti badan Heliza. Matanya bersinar melihat wajah Heliza. 

Amir ingin ke luar bandar untuk menyiapkan kerjanya. Dia enggan memberitahu Heliza tentang ini tetapi pembantu rumahnya memberitahu hal itu. Amir keluar rumah dan setelah Heliza mengetahui hal tersebut dia segera mengemas barang untuk Amir. Amir melihat barangnya telah siap dan dia keluar awal pagi sebelum isterinya bangun. Dia mencari sesuatu dan memasukkan di poket seluar belakang. Heliza sedih apabila suaminya keluar tanpa pengetahuan. 

Amir memandu dan dia teringat gambar yang dia ambil. Dia mencari tetapi tidak menjumpai. Tiba tiba kereta yang dipandu hilang kawalan. Amir kemalangan melanggar pokok getah. Kawasan pedalaman yang jarang di penuhi orang untuk melalui kawasan itu. Tetapi Amir bernasib baik kerana telah dijumpai oleh seorang pakcik yang bekerja di situ. Amir telah dibawa tinggal bersamanya kerana kereta milik Amir telah rosak. Begitu juga dengan barang dan telefon bimbitnya.

Amir mula insaf dan menyedari kesilapan yang telah dia lakukan kepada ibu dan bapanya serta Heliza. Amir mula menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Dia rajin menunaikan solat dan mengaji. Pakcik yang menjaganya gembira dan bersyukur melihat perubahan Amir. Amir mencari seluarnya dan dia merasakan sesuatu di poket seluar belakangnya. Dia melihat sekeping gambar yang dicarinya sebelum berlakunya kemalangan tersebut. Airmatanya mengalir dan dia bercerita perkara sebenar kepada pakcik itu. Disebabkan kampung itu pedalaman susah untuk dia keluar ke bandar untuk menelefon ibu bapanya kerana mengambil masa agak lama dengan hanya menaiki motorsikal yang usang. Tambahan lagi, kaki kanan Amir patah dan dibalut menggunakan kayu dah diubati oleh pakcik itu.

Enam bulan berlalu, Heliza masih menunggu kepulangan Amir. Tetapi masih tidak mendapat jawapan walaupun polis masih membuat siasatan kehilangan tersebut. Heliza harap Amir pulang. Tetapi harapan Heliza musnah kerana ibu dan bapanya mahu Heliza berkahwin dengan Ustaz Aidil. Semenjak Amir tiada disisi Heliza, Ustaz Aidil yang sentiasa menemani dan menjaga Heliza. Tambahan pula, mereka telah bersahabat sejak di zaman kanak kanak. Heliza terpaksa menerimanya kerana tidak mahu melukakan hati ibu dan bapa angkat yang telah membesarkannya. 

Akhirnya, Amir pulang ke rumah. Dia gembira dan mencari Heliza tetapi tidak didengari. Dia mencari juga pembantu rumah. Tetapi  tiada juga sahutan. Dia pergi ke rumah ibu dan bapa Heliza. Amir berasa pelik. Banyak kereta di hadapan rumah Heliza. Amir masuk ke dalam rumah tersebut. Amir terkejut melihat Heliza akan bernikah dengan Ustaz Aidil. Amir kecewa. Dia berada di belakang dinding. Dia hanya melihat. Kemudian dia berlalu pergi tanpa sesiapa yang melihatnya kecuali pembantu rumahnya.

Amir berada di luar pintu masjid. Airmata Amir mengalir lagi. Dia sedih melihat Heliza bakal menjadi milik Ustaz Aidil. Tiba tiba Amir terkejut melihat Heliza berada di hadapannya. Heliza tersenyum. Heliza berjalan dan duduk di sebelah Amir. Amir mengesat airmatanya. Amir hairan. Heliza menceritakan segalanya. Dia tidak jadi berkahwin dengan Ustaz Aidil kerana pembantu rumahnya memberitahu hal sebenarnya. Amir tersenyum gembira. Amir memberitahu Heliza bahawa dia mencintai Heliza. Dia juga berkata "MAAFKAN AKU".

Sekiannn... :p






3 comments:

Cik Nor said...

Perghh...best tu citer..tp nampak mcm straight to the point sgtlah aien..hehe

oshin said...

aien buat ni utk drama ke ?

Nur Ain Ismail said...

Kak Iera.. xlaa.. suke suki jer...

kak normi.. straight to the point cmne tu????