Sunday, January 1, 2012

2012 - 21

Assalamualaikum korang....
Sudah tahun 2012... Sempena umur aku bakal mencecah 21 tahun untuk tahun ni. Aku berazam nak jumpa Cikgu Ja sebanyak 21 kali. Giler tak? hehehe.. InsyaAllah jika Allah SWT mengizinkan. Yela, tahun 2011 dah banyak kenangan.. 9 kali cukup bermakna yang Allah telah berikan pada aku. Bila aku dapat tahu cikgu menulis 22 perkara sempena umur dia 22 tahun dahulu. Ada perkara yang ditulis telah berlaku pada waktu dan saat ini. Aku juga memasang impian untuk mengikuti jejak cikgu kesayangan aku ituuu... hehehe :)

Macam kenangan 2011... 2012 pulak aku tak mengharap apa apa pun melainkan apa yang telah aku berdoa setiap hari kepada Allah. Aku sentiasa melakukan apa yang aku ingin capai. InsyaAllah.. Setiap hari ada niat, usaha, azam, semangat, berubah untuk diri sendiri. hehehe.. Doakan sesama insan lain, malaikat akan turut mendoakan kita. :)

Apa pun, doakan hubungan silaturahim sesama kita terbina dengan ukhuwah yang mendapat restu Allah. Ikhlas dan bersangka baik adalah penguat dalam sebuah perhubungan kasih dan sayang. Doa adalah senjata orang mukmin maka berdoalah setiap hari. Allah suka hambanya berdoa. Doa.. doa.. doa... :)

Akhir kata... banyak betul aku bebel. Alahh... Korang macam tak biasa pulak kan! hehehe..
Aku sayangkan korang tanpa korang aku tak mungkin segembira. Dapat berkongsi apa yang nak luahkan curahkan. Setiap pertemuan pasti ada hikmah cuma kita tak tahu RAHSIA ALLAH. Maka galinya dengan berfikiran untuk diri kita. Positif... SToppppp! hehehe.. Terima kasih koranggg!!

Nak gambar cikgu tak?? Nak tak nak aku nak letak jugakkkk!!!.. :p




comel tak? :p

peace!

Okehh.. Terima kasih laaa kome semua! hehehehe...
Sekiannn... ;)


2 comments:

Cik Nor said...

aamiin..moga dpermudahkan.:)

Farra said...

wah, da kkak da ko ae. sory aku bru je 20y/o hahaaa :P selamat tahun baru beb, azam baruuu :)